Rabu, 31 Oktober 2018

APA ITU MINISITE ?

Minisite adalah salah satu jenis atau konsep laman web yang terdapat di internet.

Minisite atau boleh juga dipanggil sebagai laman web mini yang ringkas, dan kebiasaannya digunakan sebagai web jualan.

Tujuan utama minisite ini digunakan adalah untuk menjual sesuatu produk atau perkhidmatan secara fokus.

Selain daripada tujuan menjual, minisite juga digunakan untuk menyalurkan sesuatu maklumat dan mengumpul prospek dengan menawarkan khidmat melanggan maklumat, info atau tips niche tertentu melalui email.

Untuk tujuan ini, biasanya pemilik minisite akan menyediakan borang langganan untuk pengunjung mendaftar nama & alamat emel mereka dan page/laman berkenaan biasanya dikenali sebagai “landing page” atau “squeeze page”.

Dipendekkan cerita, Minisite ini boleh digunakan untuk:

Menjual atau menawarkan sesuatu produk atau perkhidmatan secara fokus.
Mengumpul data/prospek melalui khidmat langganan emel.

Apakah kelebihan atau kekurangan minisite jika dibandingkan dengan laman web jenis shopping cart?

Minisite biasanya digunakan untuk menjual satu produk atau beberapa pakej produk secara fokus, maklumat mengenai produk berkenaan akan diterangkan dengan jelas dan terperinci melalui sales page minisite berkenaan. Cara ini membuatkan pengunjung yang membaca lebih faham, lebih berminat dan tertarik untuk membeli produk atau pakej yang ditawarkan.

Manakala jarang didapati maklumat produk yang lebih terperinci disediakan pada laman web jenis shopping cart. Walaubagaimanapun, jika kita ingin menjual produk yang banyak dan disenaraikan mengikut kategori tertentu adalah lebih baik menggunakan laman web jenis shopping cart berbanding dengan minisite.

Dari segi kos pula, minisite lebih murah jika dibandingkan dengan laman web jenis shopping cart. Begitu juga dari segi maintenance/penyelanggaraan. Memandangkan minisite ini lebih ringkas, jadi penyelenggaraannya adalah lebih mudah berbanding dengan shopping cart.

Ciri-ciri laman(page) dan fungsi minisite.

Tidak seperti jenis laman web lain, Minisite tidak memerlukan banyak page/muka laman. Mengikut trend Internet Markerter di Malaysia, minisite ini biasanya mempunyai sekurang-kurangnya dua-tiga page:

Laman Utama/Sales Page
Borang Tempahan
Laman Download

Terdapat juga minisite yang mempunyai laman tambahan lain contohnya:

Laman Hubungi Kami
Laman Agen Affiliate
Laman Testimoni Pelanggan
Laman Soalan Lazim
Dan lain-lain

Walaubagaimanapun, laman-laman tambahan diatas tidak wajib ada pada satu-satu minisite.

Keterangan lanjut ciri-ciri laman minisite.

1. Laman Utama/Sales Page
Laman Utama ini juga dikenali sebagai Surat Jualan dimana dihalaman inilah pemilik menulis segala maklumat penting mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Surat Jualan ini sangat penting kerana tujuan surat jualan ini adalah untuk menarik perhatian pembaca untuk memahami maklumat yang disediakan dan seterusnya memujuk pembaca untuk membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Antara maklumat yang disediakan di laman Surat Jualan ini adalah seperti:

Pengenalan kepada Produk atau Perkhidmatan
Kelebihan atau Ciri-ciri Produk atau Perkhidmatan
Maklumat atau Kreadibiliti Penjual/Pemilik Minisite
Testimoni Pelanggan
Bonus atau Promosi
Cara membuat pembelian
Borang Langganan Autoresponder/Optin Form
lain-lain maklumat tambahan

2. Borang Tempahan
Apabila pengunjung minisite menekan butang tempahan yang disediakan di laman surat jualan, mereka akan dibawa ke laman Borang Tempahan. Laman Borang tempahan ini adalah laman dimana pembeli perlu membuat pembayaran dan mengisi borang tempahan yang disediakan.

3. Laman Download
Laman Download pula merupakan laman dimana pembeli boleh download produk yang dibeli. Laman ini hanya diperlukan jika pemilik minisite menjual produk digital seperti ebook, perisian, fail-fail grafik seperti banner, template rekabentuk dan lain-lain.

Pemilik minisite yang menjual produk fizikal atau perkhidmatan tidak memerlukan laman download ini.

4. Laman Hubungi Kami
Laman Hubungi Kami ini disediakan untuk memudahkan prospek atau pengunjung membuat pertanyaan atau memberikan maklumbalas kepada pemilik minisite.

Ada pemilik minisite yang sekadar menyediakan alamat syarikat dan no telefon untuk dihubungi, ada juga yang menyediakan borang maklumbalas untuk lebih memudahkan prospek menghubungi terus pemilik minisite.

5. Laman Agen Affiliate
Ruangan ini pula disediakan oleh pemilik minisite yang ingin mencari agen yang berminat untuk membantu pemilik minisite memasarkan produk yang ditawarkan. Pengunjung yang berminat boleh mendaftar sebagai agen affiliate dan login ke ruangan agen untuk tujuan pemasaran, mendapatkan link affiliate, melihat statistik kunjungan dan sebagainya.

6. Laman Testimoni Pelanggan
Disini, pemilik minisite boleh memaparkan testimoni-testimoni pelanggan yang telah membeli dan menggunakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Walaupun testimoni pelanggan telah dimasukkan di laman surat jualan, pemilik web juga boleh menyediakan satu laman khas untuk menyenaraikan kesemua testimoni pelanggan untuk memudahkan prospek atau pengunjung minisite untuk membaca testimoni-testimoni pelanggan. Testimoni ini penting untuk meyakinkan prospek untuk membeli produk atau perkhidmatan serta meningkatkan kreadibiliti penjual/pemilik minisite.

7. Laman Soalan Lazim
Sama juga seperti ruangan Testimoni Pelanggan, walaupun kita boleh menyediakan soalan lazim di laman surat jualan, kita juga boleh menyediakan Laman Khas untuk menyenaraikan semua Soalan Lazim di laman ini untuk kemudahan prospek dan pelanggan kita.

8. Lain-lain
Antara lain-lain laman yang juga boleh disediakan dalam minisite adalah seperti:

Laman Terma Perkhidmatan
Laman Polisi Privasi(Privacy Policy)
Laman Status Tempahan
dan lain-lain yang dirasakan perlu

Apakah jenis Produk atau Perkhidmatan yang sesuai dijual menggunakan Minisite?

Produk Digital
Produk Fizikal
Perkhidmatan/Bengkel/Seminar

Struktur sesebuah minisite

Header
Headline
Subheadline
Kandungan Video Pengenalan
Informasi/Kreadibiliti Pemilik Minisite
Kandungan Surat Jualan
Kandungan Testimoni Pelanggan
Butang/Gambar Tempahan
Tandatangan(signature) pemilik minisite
Ruangan P.S./P.S.S
Footer
Menu

Struktur/Saluran Jualan(Sales Funnel)

Surat Jualan/Laman Utama
Laman Tawaran Sekali Sahaja/OTO (One Time Offer)
Laman Tawaran Istimewa(Upsell)

Itu sahaja dahulu artikel dari saya untuk kali ini. InshaAllah saya akan tambah, olah & perbaiki lagi artikel mengenai minisite ini dari masa ke semasa mengikut perkembangan semasa & teknologi terkini InshaAllah. Semoga Bermanfaat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar